Saturday, December 25, 2010

Lawan BN, berahi saja tak cukup


Hishamuddin Rais
Dis 24, 10
5:27pm









Ketahui dirimu
Ketahui musuhmu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan
- (petikan dari buku Seni Perang oleh Sun Tzu )

Untuk mengambil alih kuasa bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah telah menunjukkan tentang satu gerakan Pak Tani berbaju hitam yang sering diperlekeh media Barat tetapi berjaya mengalahkan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 2006 satu lagi kuasa bala tentera yang tercanggih dan terkuat di Timur Tengah telah dikalahkan oleh anak anak muda dan pak-pak lebai yang bergerila di Selatan Lebanon.

palestine hamas and fatah unite 270209 02Apa yang ada pada Vietcong? Apa yang ada pada gerakan Hezbollah di Lebanon? Apa kekuatan mereka? Kalau dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawapolitik mereka bergerak melalui pemikiran strategik.

Jangan silap anggap. Pemikiran strategik ini bukan hanya bersabit dengan perang atau kuasa politik. Hukum dan syarat pemikiran strategik yang sama boleh digunapakai dalam hal perniagaan dan jual beli. Malah dalam semua hal kehidupan harian, kita memerlukan pemikiran strategik.

Justeru, jika ada sesiapa yang berahi untuk mengambil alih kerajaan - keberahian sahaja tidak mencukupi. Kudrat dan tenaga kerbau tidak diperlukan sepanjang masa. Apa yang diperlukan ialah taktik dan strategi. Apa yang diperlukan ialah pemikiran strategik. Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik memerlukan lebih dari jeritan reformasi atau takbir!

Dalam usaha gigih sebuah gerakan atau sebuah parti politik untuk mengambil alih kuasa, ia memerlukan garis politik yang tepat. Semua perjuangan memerlukan sahabat dan kawan. Ada sahabat berjangka pendek ada sahabat berjangka panjang. Ada setiakawan sementara dan ada setiakawan sepanjang masa. Ini hakikat perjuangan. Ini adalah taktik dan strategi untuk mengambil alih kuasa. Ini realpolitik- politik yang dieja dengan huruf K.

Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik wajib menghebohkan dasar yang ingin diajukan kepada orang ramai. Dasar-dasar ini wajib dilihat masuk akal dan berdiri di bumi yang nyata. Bukan dasar yang berterbangan di langit atau di awang-awangan. Janji-janji yang tidak masuk akal akhirnya akan menjerut leher sendiri. Inilah politik - inilah hakikat realpolitik.

P'raya Tenang, PAS pasti kalah


Hari ini telah terpadu kesepakatan tiga buah parti politik - PKR, PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.

azlanKelahiran Pakatan adalah hasil dari pemikiran strategik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan kesepakatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.

Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) boleh meloncat tunggang terbalik, ia tidak akan mengubah hakikat ini.

azlanHari ini tarikh pilihan raya kecil di DUN Tenang telah diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti PAS.

Dalam suasana sedemikianlah Pakatan, terutama parti PAS wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara strategik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang strategik. Inirealpolitik, bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.

Jika PAS bertanding di DUN Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan atau PAS tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi PAS. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus. 

Tugas suci media

Sekali baca sahaja sesiapa yang waras akal fikrahnya akan bersetuju untuk bersependapat bahawa calon PAS akan bungkus. Ini tidak memerlukan pemikiran strategik. Jangan tersilap baca dan berdolak dalik. Bertanding dalam pilihan raya bukan untuk berdakwah atau bertabligh. Atau hendak 'mencuba pasaran'. Bertanding dalam pilihan raya bertujuan untuk menumpaskan parti lawan dan mengambil alih kuasa. Ini realpolitik bukan angan-angan Mat Bunga yang baru jatuh cinta.

azlanPada tahap ini Pakatan sedang diserang oleh media United Malays National Organisation. Jangan bersedih terbarai menangis sayu. Jangan berkata ini tidak adil. Ini tidak siuman. Ini satu kezaliman yang penuh dengan tohmah dan fitnah. Dalam pertempuran realpolitik apa yang dilakukan oleh media milik United Malays National Organisation ini adalah tugas suci mereka.

Dalam serangan ini PKR dan Pas telah dituduh menjadi barua kuda tunggangan DAP. Ini amat senang untuk difahami dan tidak memerlukan pemikiran strategik. Ini sap sap soi (senang saja). DAP adalah parti Cina. Maka apabila PAS dan PKR ditohmah sebagai kuda DAP, maka dilihat PKR dan PAS ini menjadi barua parti Cina. Dengan ini diharapkan orang Melayu akan lari dari menyokong PKR atau PAS. Ini bukan pemikiran strategik. Ini pemikiran ikan belukang yang mulut ternganga di tepi longkang.

Bayangkan jika minggu ini para pemimpin PAS bersidang dan berbincang. Mereka melihat Tenang dari kaca mata realpolitik. Membaca politik dengan pemikiran strategik. Lalu mereka mengambil satu pendekatan yang amat strategik.

umno standardPemimpin PAS secara berbesar hati memulangkan kerusi yang menjamin kekalahan mereka ini kepada pucuk pimpinan Pakatan. Dalam masa yang sama PAS akan menerangkan kepada ahli parti dan para penyokong bahawa dari kajian kependudukan, parti PAS berpendapat bahawa adalah lebih baik kerusi ini ditandingi oleh PKR.

Lihat reaksi umum. Seluruh negara akan gempar. Media United Malays National Organisation akan kering dakwat dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu ditohmah tentang PAS. Laman web dan blog pro Barisan akan menjadi ungka menyalak berpanjangan dalam rimba politik yang baru. Tetapi yakinlah langkah PAS ini adalah serampang dua mata.

Kenapa Najib langgan Apco?

Langkah strategik PAS ini akan memaparkannya sebagai sebuah parti politik mendewasa dan bukan lagi parti kampongan dari Ulu Kelantan atau Seberang Takir. PAS dilihat cekal bertakwa dan sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.

nik aziz hugging hadi awang b 230708Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat akan dilihat sebagai penyelamat anak semua bangsa dan bukan kaum kerabat Taliban. Persepsi umum terdadap PAS sebagai Taliban akan pecah berderai-derai.

Besar kemungkinan - malah hampir pasti calon yang akan diletakan oleh PKR itu akan kalah. Di sebalik kekalahan ini, ada kemenangan yang amat besar di Tenang. Secara strategik Pakatan telah memusingkan satu kekalahan untuk dijadikan satu kemenangan. Kemenangan besar adalah propaganda dan persepsi kepada umum - orang ramai akan melihat dan membaca bahawa setiakawan antara tiga parti ini adalah kukuh, ampuh dan padu.

Kemenangan yang hakiki akan dimiliki oleh PAS. Parti ini akan dilihat sebagai sebuah parti yang berupaya untuk melihat politik berjangka panjang bukan politik ego Taliban berserban tinggi. Jika langkah strategik ini diambil walau pun Pakatan kalah di Tenang tetapi keyakinan orang ramai terhadap pemuafakatan ini akan bertambah kukuh.

azlanApakah yang dibaca ini satu mimpi? Jawabnya tidak. Apa yang ditulis diatas adalah pendekatan pemikiran strategik dalam gerak langkah politik. Inilah yang dipanggil taktik dan strategi. Inilah satu-satunya cara yang membawa kemenangan kepada rakyat Vietnam. Inilah caranya kuasa imperial Anglo-Amerika akan dikalahkan di Iraq dan Afghanistan. Inilah juga pendekatan Hezbollah ketika mengepong zionis Isreal di Lebanon.

Harus kita sedari bahawa United Malays National Organisation sebagai sebuah parti tidak lagi memiliki sokongan ampuh dari orang ramai. Parti ini semakin terpinggir dan semakin terpencil. Lalu timbul persoalan jika gerombolan ini tidak mendapat sokongan, kenapa mereka terus berkuasa?

Jawapan kepada soalan ini cukup senang. Gerakan dan parti politik yang cuba menumpaskan gerombolan ini masih lagi dibungkus oleh ego kepartian. Ego kepimpinan. Gagal melihat kepentingan orang ramai lebih penting dari kepentingan diri dan parti.

Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti ingin naik haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon pasport. Akhirnya, sila bertanya, kenapa agaknya Najib Razak dan Rosmah Mansor melanggan Apco?

Friday, December 24, 2010

UWAIS AL QARNI. Ketaatannya Menjadikan Doanya Di damba Saidina Ali dan Umar

oleh: kalam nurani


Kerinduan Uwais Al Qarni pada Rasulullah…


Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga kuat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Satu keindahan akhlak Uwais Al Qarni adalah rindu dan cintanya pada Rasullulah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni apabila melihat tetangganya yang baru pulang berziarah dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Rasullulah; Nabi Muhammad, sedang aku hanya mendengar kisah nabi saw dihujung lidah mereka yang ke sana. Pilunya hati, memendam rindu dendam yang membara. Wahai Rasulullah aku amat cinta pada mu namun oleh kerana tanggungjawab aku terhadap ibu, aku pendamkan dahulu hasrat hati ini. Keluh hatinya sayu.

Ketika sampai perkhabaran berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, pandangan Uwais Al-Qarni terlempar jauh. Nun, di medan Uhud. Matanya bergenang, dia seolah-olah mahu berlari mengubat luka dan duka Rasulullah. Tapi apakan daya dia berdiri pasrah dihujung kampungnya yang gersang dan tandus itu di tanah Yaman yang kejauhan. Tanpa disedari Uwais Al-Qarni bergerak pergi jauh dari orang yang bercerita, disuatu sudut dia duduk sendiri mengambil batu dan mengetok giginya hingga patah. Ketika kesakitan itu terbit dia menahannya getus hatinya beginilah kesakitan nabi, wahai Rasulullah maafkan aku kerana tidak bersamamu. Airmatanya bercucuran membasahi tanah kering.

Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais Al-Qarni untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, bikakah mungkin dia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Menjamah wajah baginda dengan kesayuan, wajah redup dan bercahaya itu. Ia rindu dan rindu itu tidak tertahan lagi. Jika dapat dia mendengar suara Nabi saw tentu terubat keresahan ini, inilah kerinduan karena iman.


Kasih dan Cinta pada si Ibu…

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua  dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tegar meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Ketika memandang wajah ibu segera menghampiri, mententeramkan dia. Sambil memicit kaki dan betis ibunya, ibu saya ada disisi ibu. Katanya dengan nada yang syahdu. Sungguhpun demikian siang dan malam fikirannya diliputi perasaan rindu untuk menatap wajah nabi Muhammad saw. Entah mengapa dia tidak dapat menahan semuanya.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, meluahkan hasratnya dengan berat hati, dengan penuh adab dan sopan dia memohon keizinan kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Jika ibu berkata tidak maka cukuplah selawat ku untuk nabi yang tercinta, getus hatinya. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, dapat membaca isi hati anaknya itu. Dia merasa terharu  ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

615140382_6e62193f7c

Betapa gembiranya hari Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Bagai sibuta yang dapat melihat cahaya. Malam itu Uwais tidak dapat tidur, sungguhpun dirinya masih berada di bumi Yaman jiwanya sudah samapi di bumi Madinah. Keesokann harinya segera berkemas diri. Menyediakan kelengkapan diri. Seperti mahu bertemu kekasih hatinya berbunga-bunga. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah mencium tangan dan dahi ibunya, Uwais Al-Qarni berangkat pergi menuju Madinah.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, merentas tanah Yaman yang gersang dan tandus akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Kakinya semakin cepat melangkah tidak sabar menuju rumah nabi. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Walaupun kepenatan dia tidak segera berhenti rehat setelah ditunjukkan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, isteri Nabi saw. Uwais tertunduk sedih dan pilu. Ketika sudah berada dihadapan pintu murah insan yang dirindu dia hanya mendengar berita dan kisah nabi dari mulut isteri baginda. Airmatanya bergenang lagi. Betapa kecewanya hati Uwais Al Qarni. Dia bergerak ke masjid nabi, duduk disitu melayan perasaan yang gulana. Memerhati rumah nabi seperti melihat susuk tubuh baginda. Airmatanya jatuh bercucuran, lidahnya terus berselawat ke atas baginda. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.


Ingat Pada pesan Ibu …

Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Ada ketika dia kembali berdiri di depan pintu rumah nabi, dan ada ketika dia berjalan lalu dibelakang rumah nabi, memikirkan apakah mungkin dia dapat menunggu nabi. Tapi bilakah Nabi akan pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar segera pulang ke Yaman. Ketika pesan ibu dingatnya, dia tidak berupaya karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Dia menoleh kembali melemparkan pandangan dengan penuh kesayuan ke arah rumah nabi. Pandangan terakhir, mengucapkan selamat tinggal serta menitipkan salamnya untuk Nabi saw. dan kemudian Uwais melangkah pergi dengan berat hati.

Demikianlah kisah indah seorang insan yang tidak dikenal orang Madinah tidak dipeduli orang sekeliling. Namun hatinya penuh dengan bunga keharuman, cinta kasih tulus untuk nabi dan taat setia pada si ibu. Tidak mungkin semuanya terpisah ia sudah sebati dalam dirinya. Aduhai anak, apakah mungkin kita mampu setaat Uwais Al Qarni atau bisa melabuhkan cinta rindu nabi seumpama Uwais Al Qarni. Mampu merentas gurun padang pasir yang panas dan tandus, hanya mahu meraih cinta dan rindu pada nabi dan kembali tanpa keberhasilan hanya kerana ketaatan pada pesan si ibu yang tua.
Bagaimana kita yang sering berada diantara 2 persimpangan antara patuh taat dengan ibu atau memenuhi hasrat dan kemahuan diri. Kenanglah kisah Uwais Al Qarni pemuda tulus ini. Yang hatinya bersih dengan cinta nabi dan setia pada si ibu tua. Dan dengarkan apa kata nabi tentang Uwais Al Qarni..

….

Peperangan telah selesai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Subhanallah!! Taat kepada Ibu mengangkat darjat kita! Ingatlah dan hargailah momen ini selagi masih berbaki umur ibu berbaktilah padanya.

Cerita indah ini saya titip dari sebuah laman saudara semuslim dari Indonesia , saya olah kembali agar bersesuaian dengan gaya bahasa Melayu. Saya tambah sedikit jalan ceritanya agar segar dibaca. Saya masih mencari semula laman itu.

Sunday, December 12, 2010

Sastera Untuk Pejuang Di Zaman Edan



oleh: Widji Tukul


‘Peringatan’
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan
Maka hanya ada satu kata: lawan!

Sunday, December 5, 2010

Kini Di Zaman Edan

'Ketuanan Melayu' - Telah dijelaskan oleh mantan mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan 'Ketuanan Melayu' yang boleh disimpulkan bahawa ketuanan tersebut bercanggah dengan Islam (baca disini). Misai telah dicukur sebanyak 2 kali, namun berjanggut penantian tersebut untuk mendengar penjelasan ulama-ulama KERAjaan perseKUTUan berkenaan isu ini mengikut pendapat dan pandangan Islam. Rasanya kalau diberi peluang kepada murid-murid ma'ahad tahfiz untuk bersuara, penjelasan yang panjang lebar telah terurai.

5 Dis 10 - Kerajaan Selangor bersama paduan sokongan tidak berbelah-bagi oleh masyarakat berbilang kaum telah dinafikan hak sebagai rakyat negara yang merdeka apabila demonstrasi dan perarakan aman yang dirancang telah disekat oleh 'tentera-tentera upahan' KERAjaan perseKUTUan. Ini berbeza dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang telah berjaya menyerahkan memorandum mereka kepada pihak istana bersama iringan 200 orang penyokong yang tanpa penat lelah memekikkan lafaz 1Malaysia & Daulat Tuanku. Apakah wujudnya perbezaan antara kedua-dua pasukan ini? Adakah 'tangan-tangan ghaib' yang memayungi pasukan Gaps sehingga meraka mendapat iringan 'tentera-tentera upahan' ke istana? Mengapakah pasukan Kerajaan Selangor tidak mendapat keadilan keamanan iringan bersama? Adakah KERAjaan perseKUTUan tidak sanggup menyaksikan suara rakyat bergema di sepanjang jalan-jalan utama ibu kota? Mungkinkah pimpinan BN (geli nk tulis nama panjang) tidak mampu lagi melayani luah pinta rakyat dikala mereka juga mempunyai agenda di Shah Alam? Dan bersusun soalan yang sedang bermain di minda.
Walau apapun yang pasti, konsep dacing yang dipamerkan di bendera mereka hanya retorik dan rakyat melihat dacing tersebut senget sebelah.

Masjid Negara - 10,000 orang dihujani air kimia yang keluar hasil daripada 'bersin si gajah merah yang gila'. Di samping itu, 10,000 orang diberikan bekalan gas yang menaikkan semangat menuntut perubahan sehingga semangat tersebut menjadikan mata mereka semakin merah. 10,000 orang hanya dengan bekalan garam sebagai penawar untuk mengubati segala jenis ujian dalam perjuangan ini. Kita dipaksa bersama-sama turut serta ke konvoi beramai-ramai atau lawatan sambil belajar ke balai polis. Syukur alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang meragut nyawa berlaku dalam 'perang kecil' ini. Semoga Allah s.w.t mempermudah serta memberi kekuatan kepada kita untuk terus menterjemahkan perubahan ini kedalam dunia realiti.

Parti Keadilan Rakyat - Banyak penjelasan belum terurai!!!

Monday, September 27, 2010

bosan di zaman edan

masa berlalu dengan lekas.. mata pula belum menemui sinar gelapnya.. potensi kebarangkalian untuk tidak membangkitkan diri pada pukul 10 pagi nanti sangat jelas.. di mohon agar 'si dia' tekun berusaha menjalani hari-harinya dengan penuh kesabaran.. cuk always in my heart.. tahap kebosanan melampaui batas.. setelah tenang membaca gelora politik, dengan tidak semena-mena perut berkeroncong.. mata melilau dengan penuh pengharapan agar terpandang secebis rezeki.. kelihatan kuih raya bekalan daripada ibu, megi kari pedas berapi, telur ayam dalam plastik.. rakan seperjuangan semua telah 'sampai ke Mekkah'.. harap menjadi reliti..

Anwar Ibrahim ibarat selangkah lagi untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Besi.. Semoga beliau sentiasa tabah.. Inilah pertama kali diriku melihat dengan jelas ketabahan seorang manusia tua tetapi berjiwa muda dan besar menghadapi ujian fitnah yang paling getir dalam sejarah ketamadunan negaraku.. Seringkali diriku sentiasa berfikir, bagaimanakah ummah menghadapi fitnah al-Masihud Dajjal.. Anwar Ibrahim sedang mendepani onak hebat dari tentera konspirasi.. Masyarakat menggalas tekanan ini bersama-sama sejak 12 tahun yang lalu.. Jika suratan menakdirkan dirimu tumbang di medan, syahid dalam genggaman.. AkU sebagai rakyat biasa yang belum ditimpa ujian besar hanya ingin mengungkapkan peringatan ringkas.. tidak mustahil dirimu akan 'dikonspirasikan' oleh Yahudi Laknatullah.. Sebersihnya, perbetulkanlah niatmu agar sentiasa menjurus ke jalan Allah.s.w.t.

WASSALAM>>
(masak megi jap)

Friday, September 3, 2010

Syawal Di Zaman Edan

Gema takbir bakal berkumandang.. Tidak sabar untuk menikmati kehalusan yang terus menusuk ke telinga, singgah di hati, lantas mententeramkan jiwa yang senantiasa merindui kemeriahan Syawal..

Kepada sahabat seperjuangan, jangan mudah alpa..
Ini zaman edan..
Zaman yang penuh kegilaan..
Penuhi ilmu di dada, walaupun kita seringkali terumbang-ambing dalam panjatan ke puncak.
Huru hara biru idamanmu..
Jiwa muda gelodak ibarat air paip yg dimasak with using water hitter yg seringkali d gunakn kt umh tu..
Natijahnya, kerap kalilah tersungkur di pinggiran pintu, di tepian dinding, di muara longkang..

(TV kt umah) Walaupun kecil, tetapi adalah sang berkuasa..
Kuasa yg tiada bandingan..
Apatah lagi tandingan..
Hanya bersemadi di atas naungan meja yg tempang..
Menunggu pemerhati yg mencari hiburan..
Di serata dunia 'beliau' mampu membawa cerita..
Pelbagai cerita..
Baik berunsurkan ilmiah, berita, mutakhir, terkini, fitnah,
Apa2 genre pon bley la derrr.....
TV yg dulu x dgr ckp..
Hasil didikan yg penuh kesabaran, kini sgt bijak mengambil hati penghuni rumah "PUAKA".. kah..kah..khak!
Dulu manual, kini auto..
Arahan dari jauh sdh mmpu dilaksanakan dgn cermat dan smart..(tp jgn jauh sgt)

To be continued.................

Tuesday, August 31, 2010

Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi

hitachi_illuminati



Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?
Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentanggerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.
Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.
Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.
Hitachi dan Cip bersaiz Habuk
Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi.Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.
Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripadapenciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.
Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.
IBM dan VeriChip Corporation
Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.